Aktiviti Pagi WAHM bersama Anak-anak yang patut Dimasukkan ke dalam Jadual Harian

Assalamualaikum Mommies 🙂

Sekarang ni sedang menunggu masuknya waktu Asar. Cuaca di luar dah nak hujan. Alhamdulillah, betul tindakan saya mengubah jadual waktu harian saya untuk membawa anak beriadah di waktu pagi tadi.

Nak buat perubahan tu memang sukar, tetapi nak berjaya kena berani menghadapi perubahan untuk mantapkan diri sendiri 🙂

Amboi, perubahan besar apelah sangat tu ye? Selalunya jadual pagi saya bermula dengan menyediakan sarapan pagi, menyidai pakaian dan memberi anak sarapan pagi, seterusnya mengadap kerja bisnes saya.

Tapi, kali ini, saya berkorban lebih kepada anak-anak tercinta, iaitu :

  1. Sediakan sarapan
  2. Sidai baju
  3. Bawa anak-anak beriadah dahulu
  4. Mandikan
  5. Baru sarapan
  6. Terus sediakan makanan tengahari
  7. Menghadap kerja bisnes

Hasilnya?

  1. Nampaknya anak-anak dah mulakan hari dengan kegembiraan!
  2. Makan sarapan dengan lahapnya
  3. Lebih Fokus dengan mainan masing-masing tanpa terlalu bergantung pada televisyen yg dah jadi sampingan bukan keutamaan untuk sepanjang pagi – tengahari

Nampaknya saya berpuas hati dengan perubahan ni, walaupun hati risau ingatkan kerja bisnes, tetapi kegembiraan anak adalah punca utama rezeki, kan?

Seronoknya beriadah ke taman permainan :)

Abang dan adik datang ke taman

Jogging cergaskan badan

Berjogging menghirup udara pagi

 

Happynya Amni di bawah panas mentari pagi!

Happynya Amni di bawah panas mentari pagi!

 

Beriadah bersama anak penting untuk perkembangan mindanya

Main daun rumput semalu rupanya!

 

So, enjoy every single moment that you have and focus!

Jangan ditinggalkan amalan murah rezeki anda 🙂 Istiqamah itu penting!

Tips WAHM ni ditujukan buat mereka yang masih mencari hala tuju dalam mengatur jadual harian mereka. Semoga bermanfaat buat anda semua ya!

 

Sharing is loving,

Ainul Malik.

(Visited 240 times, 1 visits today)

1 Trackback / Pingback

  1. Salah Faham Masuk Ahli MLM Yang Ditakuti Masyarakat Kita | Ainulmalik.com

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge