Aktiviti Muzakarah iReach ke4 di Grand Lexis Penang
Alhamdulillah, selepas album Facebook “Percutian Lexis Penang Berbaloi” mendapat respons yang sangat besar dari kawan kawan sekeliling, puas saya jawab pm dan soalan mengenai bercuti di Lexis tersebut, tak sangka pula Muzakarah iReach ke empat pula diadakan di Hotel tersebut pada 21 Januari 2017 yang lepas.
Memang di dalam minit Muzakarah 3 telah ditetapkan lokasinya di Penang, tetapi belum ada tempat spesifik, nahhh sekarang, dah tercapai hajat kawan kawan untuk bergembira di hotel tersebut.
Tapi……. sebelum tu kena kerah idea dan minda sampai kecut dulu ya untuk Muzakarah sebelum kecut mandi di kolam private bilik hotel masing masing 🙂
Apa sebenarnya Muzakarah ni?
Muzakarah adalah satu persidangan Key Leaders di bawah group iReach naungan Master Zainul dan Master Lyna untuk bisnes Shaklee menjana idea dan menggembeleng tenaga untuk kemantapan semua lapisan barisan ahli ahli pengedar bebas Shaklee di bawah mereka.
Ya, ia bukan perjumpaan suka suka. Datang bersama misi dan visi untuk semua nya berjaya. Sebab, kami yakin bahawa “10 brains are better than 1”.
Muzakarah yang keempat ini istimewa, sebab pertama kali diadakan di luar Kuala Lumpur. Keputusan di ambil untuk dimulakan di bahagian Utara atas beberapa sebab yang kukuh. Dah ada 3 Master tau di bawah iReach ini di belah Utara.
Jadi, jom kita layan gambarnya.
Aktiviti : Muzakarah 4 iReach
Tempat : Meeting Room Tingkat 1, Grand Lexis Penang
Tarikh : 21 Januari 2017

Istimewanya kami, bermeeting berpasangan bersama anak anak tercinta, baru mencanak buah fikiran keluar kan

Baby pun happy boleh makan sekali, ada hidangan yang sesuai seperti buah buahan segar, oat dan banyak lagi lah
Lepas dah habis mencapai objektif meeting, dan ditangguhkan ke masa yang akan datang, kita sambung dengan aktiviti santai bersama keluarga 🙂
Inilah keistimewaan Lexis, kolam mandi privasinya.
Eh, bawah ni tub mandi yang boleh dilihat dari cermin pool luar. Jadinya, senang Mama nak pantau baby mandi dalam tub mandi, anak anak lain dalam pool 🙂
Gambar Aiman sesi bilas badan 😀
Kemudahan di Lexis :
Aktiviti lain di Pulau Penang :
Dua aktiviti tambahan ni kita cerita lain kali ya.
Tapi, alhamdulillah, dengan semangat berpasukan dan semangat setiakawan, semuanya berjalan lancar.
Semasa meeting, kita be professional, focus betul betul. Bila aktiviti santai, kita enjoy betul betul
Dan tahniah ahli Muzakarah iReach, Adilah Manaf dan Fahmy CelikVitamin terus naik Master atas usaha dan kesungguhan mereka.
Kami semua menyusul dengan dengan keazaman yang tinggi! Sebab kami yakin, bisnes ini adalah bisnes yang stabil dan boleh diwarisi hingga ke anak cucu; Built to Last!
Live to the fullest!
AinulMalik & MQR
Mentor Shaklee SmartLicious Family.
#ainulmalikstories
Leave a comment