7 Aspek Matlamat yang Perlu dikejar dalam Hidup

Ini adalah aspek MATLAMAT, bukan aspek kehidupan 🙂

Bagaimana cara kita membina MATLAMAT.

Apakah sebenarnya itu matlamat? Matlamat adalah apa yang kita kejar dalam hidup. Bermula dari Impian, ia akan menjadi Matlamat yang mendatangkan kebahagiaan dan kejayaan hidup.

Matlamat ada matlamat jangka pendek dan matlamat jangka panjang.

Tidak kiralah matlamat mana, jom kita bina matlamat berdasarkan 7 aspek matlamat ini :

  1. Pencapaian peribadi
  2. Pencapaian keluarga
  3. Pencapaian kewangan
  4. Kerjaya/bisnes
  5. Kesihatan
  6. Sumbangan
  7. Kerohanian

Jadi, semua ketujuh-tujuh matlamat ini sangat lengkap, bukan? Jika sebelum ini, matlamat kita 1 saja, untuk pencapaian peribadi, RUPA-RUPANYA ada lagi 6 matlamat yang kita lupa.

Insyaallah, jika kita mengutamakan ketujuh-tujuh matlamat ini, sudah pasti kita akan mendapat kebahagiaan hati luar dan dalam dan persekitaran yang menggembirakan juga kerana semua di sekeliling kita juga turut gembira.

Tak dilupakan, hati dan rohani kita juga bergembira. Sebab itulah kita boleh menikmati kebahagiaan 🙂

Penjelasan lanjut saya sampaikan dalam Fb NailaSuperpower, buat anak, cucu, cicit, piut saya yang saya sayangi, jom bertindak segera dan saya tunggu keputusan tindakan anda di emel saya 😀

Ilmu Matlamat ini saya ceduk dari sifu kehidupan saya, Dato Azizan Osman (DAO). Terima kasih doc atas semua ilmu yang tidak terhingga . Insyaallah akan saya sampaikan ilmu Allah ni dengan lebih istiqamah lagi buat manfaat mereka yang memerlukan kejayaan dan kebahagiaan 🙂

shoot_for_the_Stars

 

Seronok memberi tanpa henti 🙂

Salam ikhlas,

AinulMalik

016-3353567

(Visited 446 times, 1 visits today)

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge