Melangkah Ke April Yang Penuh Cabaran, coretan hati wahm dan impianku

Rindu tak tertanggung!

Alhamdulillah, dah masuk pun 2 April pagi ni 🙂

Syukur kerana Allah panjangkan usia.

Kita pun dah melangkah ke zaman GST sekarang ni, macammana?

—————————————————————————-

Sejak 27 Mac, memang sibuk dengan urusan closing. Ya Allah, memang sibuk betul Mac ni, sebab nak uruskan banyak benda.

Alhamdulillah, dah berjaya menutup closing bisnes Shaklee ku untuk Mac 2015 dengan jayanya.

Masih lagi efektif Senior Kordinator. Sujud syukur.

Malam tadi jenguk2 real time untuk Bonus Mac, masyaallah, terima kasih ya Allah!

Bolehlah buat menampung komitmen terbaru saya sekeluarga.

Hati terpanggil-panggil betul untuk ke Tanah Suci.

Masyaallah, perasaan rindunya tu Allah saja yang tahu.

Walaupun hati berdebar, betul ke?

Dimulakan dengan langkah pertama, diikuti langkah kedua.

Kini, kami sekeluarga tinggal lagi sebulan untuk berangkat.

Petang tadi dah dapat phone call dari Agen Andalusia untuk ambil beg, masyaallah, memang berdebar! Saya dah janji nak ambil pagi esok ni, bawaklah si Amni nak mengangkat beg2 kami. Syukur, alhamdulillah, kali ni nak bawa mak, abah, mertua ke Tanah Suci bersama-sama.

Nantilah, akan saya kongsikan betul-betul entry persediaan ke Tanah Suci, insyallah.

Tiba-tiba dari hari ke hari rasa rinsu tak tertahan sangat! Ya Allah, permudahkanlah langkah kami menjejak Tanah Suci Mu!

Tiba-tiba dari hari ke hari rasa rinsu tak tertahan sangat! Ya Allah, permudahkanlah langkah kami menjejak Tanah Suci Mu!

 

Sekarang, masih lagi dalam mode mix feeling. Kenapa?

  1. Dah masuk bulan baru, nak berusaha untuk bulan April 2015, bulan kedua cycle 2015/2016.
  2. Dah berangan-angan mengira untuk Bonus Bonanza April, masyaallah, ya Allah, makbulkanlah hajatku ya Allah. Aku betul-betul meluaskan komitmen tanggungjawabku sekarang kerana nak mencukupkan keperluan kami kini dan untuk segala perancangan kami, insyallah.
  3. Berdebar dan excited sangat dengan Family day Naila, insyaallah nak beraktivit naik kuda dan memanah yang seumur hidup belu pernah merasainya!
  4. Tak sabar untuk ke Korea pertengahan April ni, dan maknanya? Ini pun mix feeling juga nanti dah lepas vacation baru saya ceritakan.
  5. Tajuk utama kepala memang tajuk Mekah, Mekah, Mekah. Semoga hati ni betul2 pasang niat untuk beribadah dan cari apa yang tak dapat dikejar di sini. Ya, peluang beribadah sepenuhnya dengan hati yang betul-betul positif. Sedaya upaya membawa doa dan pengharapan, masyaallah, tak dapat nak cerita lanjut lagi.
  6. Ya, saya memang dah buka hati untuk membuka dengan lebih luas lagi kapasiti tanggungjawab saya untuk membantu mereka yang memerlukan di zaman GST ni untuk membantu menambah nilai taraf ekonomi mereka.

Memang tak sangka, di saat-saat seharian orang kalut dengan GST 1 April 2015 (Semalam), Shaklee pula keluarkan 2 reward yang tak disangka-sangka. Siapa yang nak bagi reward berganda macam tu di saat2 ekonomi kita macam ni sekarang. Sujud syukur.

Ya Allah, saya memang bersyukur bertemu dengan jalan ini. Jalan yang saya tak pernah angankan sebelum ini. Saya memang takut menanam impian yang besar, hanya cukup sekadar cukup pakai, cukup makan, tapi akhirnya saya sedar kini, dengan berimpian lebih besar, lebih banyak hajat boleh ditunaikan, lebih banyak permintaan dapat dicapai.

Ya, semua ini kuasa Allah. Terima kasih ya Allah membuka peluang kepada saya untuk menikmati gaya hidup sihat dan berkongsi semua ilmu yang saya ada bersama-sama dengan mereka yang ingin menikmati kenikmatan yang sama.

Skopnya kenikmatan sangat luas. Nikmat pada kesihatan adalah nikmat yang tidak terkira banyaknya.

Tetapi nikmat yang tidak dapat didustakan adalah nikmat kasih sayang.

Kasih sayang pada anak-anak yang sedang membesar, yang sangat-sangat memerlukan tumpuan kita sebanyak yang mungkin. Ya, kadangkala saya juga leka, namun, sedikit sebanyak saya telah menukar kehidupan saya 200% dari segi curahan kasih sayang dan masa saya bersama mereka.

Nikmat inilah yang saya cari selama ini. Walaupun sebenarnya kita tidaklah bergoyang kaki hari-hari di rumah, hei, mana boleh! Itu cerita hindustan tau, kita goyang2 kaki, tapi duit masuk berkepuk-kepuk. Oh, tidak, kalau tidak masakan saya masih tidak tidur lagi sekarang ni.

Saya percaya, dengan berkat usaha yang bersungguh-sungguh, dengan hati yang ikhlas, niat yang jelas, Allah akan berikan kenikmatan rezeki pada kita.

Tanggungjawab yang saya galas ini memang besar dan semoga semakin membesar, saya rela dan redha andai jalan ini adalah yang terbaik buat menambahkan amal jariah saya sepanjang hayat di kandung badan.

Ya, bukanlah harta yang dicari sangat pun di dunia ini, tapi, berbekalkan harta yang ada lah, kita akan mempersiapkan diri untuk segala yang terbaik buat bekalan di sana. Maknanya? Ya, terpaksa juga mengumpul harta untuk digunakan ke jalan yang diredhai Nya supaya kita dapat lebih lagi beribadah kepadaNya dengan hati yang tenang dan bersungguh-sungguh.

Alhamdulillah, dah masuk ke dunia bisnes ini, saya lebih faham konsep tawakkal, doa dan usaha. Kalau dulu doa sekadar mencukupkan syarat solat, kali ini saya berdoa bersungguh-sungguh untuk memohon dariNya. Allah suka pada hambaNya yang meminta-minta, bukan? Tetapi bukannya meminta-minta dari manusia yang asalnya memang sama dengan kita.

Konsep penyerahan dan tawakkal yang semua urusan sebenarnya haruslah diserahkan sepenuhnya kepada Allah untuk menguruskannya kerana Allah lebih faham dan Maha Mengurus segala perkara. Ya, siapalah kita yang hina dan lemah ini untuk menguruskan terlalu banyak perkara dalam satu masa? Dengan pertolongan Allah, segala yang menjadi tanggungan dan beban insyaallah menjadi ringan dan dipermudahkan, jika diizinkaNya.

Dalam nak sesuatu, letakkan saja keyakinan pada Allah, sebab itulah konsep penyerahan dan tawakkal yang sebenar, bersama doa dan usaha ya!

Dalam nak sesuatu, letakkan saja keyakinan pada Allah, sebab itulah konsep penyerahan dan tawakkal yang sebenar, bersama doa dan usaha ya!

 

Rasanya cukup untuk coretan pagi ini.

Buat rakan-rakan bisnes Naila, semoga anda semua faham dan sedar mengapakah anda semua patut maintan dan efektif setiap bulan. Semoga anda bertindak untuk menguruskan perniagaan dengan baik dan cekap, insyaallah.

Matlamat kita, supaya lebih ramai lagi yang dapat merasai nikmat kesihatan dan kegembiraan, itu memang membuatkan kita sangat berlapang dada! Perasaannya tak tergambar, buat dahulu, baru tahu!

Ada banyak yang ingin disampaikan dalam ainulmalik.com ini, insyaallah akan saya titipkan satu persatu, semoga menjadi panduan kita bersama 🙂

Terima kasih Lyna Noh, atas video yang amat memberangsangkan ini! Saya memang terus bersemangat lepas tengok video ini. Sayang sama kamu, semoga ukhwah kita semua berkekalan, lillahitaala.

Just Do It! Tapi, Kenapa? from iReach HD on Vimeo.

 

Salam penuh kasih sayang,

Ainul Malik.

(Visited 186 times, 1 visits today)

1 Comments

  1. ai follow youuuu!!!

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge